KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

Maklumat Diri
Asal
Kluang, Johor
Tarikh lahir
11/1/1973

Khairul Faizi Ahmad Kamil adalah seorang aktivis Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sejak tahun 1997. Beliau pernah dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia tahun 2004, 2008, 2013 dan 2018 namun gagal memperoleh kemenangan.

Dalam PRU-14, beliau bertanding di Parlimen P140 Segamat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Jementah, Johor.

Beliau tidak beroleh kemenangan di kedua-dua kerusi terbabit.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022, beliau sekali lagi bertanding kali ini di DUN 24 Senggarang, dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah PASTI Negeri Johor (2000 -2005)
  • Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia (2005 - 2007)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Dewan Pemuda Pas Malaysia (2010-2013)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (2005-2011)
  • Yang Di Pertua Pas kawasan Kluang (2011 – 2017)
  • Penolong Setiausaha Agung Pas (2013-2019)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Ikantan Perpaduan Rakayt Malaysia
  • Presiden Ikantan Integriti dan Tranparensi Malaysia
  • Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Mahkota
  • Pengerusi Kongres Rakayt Johor
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam (1980)
  • Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang (1981-1985)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1986-1990)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan (Major: Sains Politik), Universiti Sains Malaysia (USM) 
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan bidang Tasawur Islam (ILHAM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P140 Segamat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P152 Kluang N29 Mahkota
  • PRU12- P152 Kluang N29 Mahkota
  • PRU13- P152 Kluang N29 Mahkota
  • PRU14- P140 Segamat N2 Jementah
  • PRN DUN Johor- P150 Batu Pahat N24 Senggarang