AMINOLHUDA HASSAN

Maklumat Diri
Asal
Parit Jawa, Muar
Tarikh lahir
3/1/1959
Pasangan
Prof Dr Naomie Salim
Anak
5

Aminolhuda Hassan adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P149 Sri Gading pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,000 undi.

Pengerusi Amanah Negeri Johor, Aminolhuda Hassan adalah ADUN Parit Yaani, Johor selama dua penggal.

Sebelum ini, beliau dilantik Timbalan Pesuruhjaya Pas I Johor menggantikan Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed selepas memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 bagi kerusi DUN Parit Yaani, Johor sebelum keluar dari parti Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 12,309 undian ketika menentang Soh Lip Yan daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,475 undi. Majoriti undi sebanyak 4,834.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Sri Gading (2022)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani (2013 hingga kini)
  • Ahli Dewan Negeri Johor
  • Bekas guru
  • Bekas guru disiplin
  • Bekas Guru Hal Ehwal Murid
  • Bekas Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Amanah Negeri Johor
  • Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor
  • Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Sains Johor
  • Sarjana Muda Pendidikan Matematik di Universiti Putra Malaysia
  • Diploma Pasca-Siswazah Bidang Pengurusan Pendidikan di King's College, London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P149 Sri Gading

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P149 Sri Gading N21 Parit Yaani
  • PRU14- P149 Sri Gading N21 Parit Yaani
  • PRN DUN Johor- P149 Sri Gading N21 Parit Yaani

Artikel Berkaitan AMINOLHUDA HASSAN