NOR HAYATI BACHOK

Maklumat Diri
Asal
Parit Jawa, Muar
Tarikh lahir
3/2/1962

Berpengalaman dalam dunia politik selama 30 tahun, ADUN Maharani, Johor Nor Hayati Bachok telah memegang jawatan Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Johor.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan Johor dan Timbalan Ketua Wanita Amanah Nasional.

Berpendidikan dalam bidang sains komputer dari Institusi Teknologi Malaysia (ITM) pada tahun 1983, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang kaunseling di Insitut Pendidikan Islam Bangi pada 1994 dan master trainer mental arithmetic.

Anak jati Parit Jawa Muar ini turut cemerlang dalam pendidikan setelah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada 1994.

Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau berjaya menumpaskan pihak lawan dengan mendapat 12,405 undian dengan majoriti sebanyak 5,674.

Pertembungan tiga penjuru itu menewaskan calon Ashari Md Sarip daripada Barisan Nasional yang mendapat 6,731 undi manakala Mohammad Taslim dari Pas memperoleh 3,869 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani (2018 hingga kini)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Ketua Wanita Amanah Nasional
  • Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Negeri Johor
  • Ketua Wanita Pakatan Harapan Johor
Pendidikan:
  • Bidang kaunseling di Insitut Pendidikan Islam Bangi pada 1994
  • Bidang sains komputer dari Institusi Teknologi Malaysia (ITM) 1983

 

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P143 Pagoh N8 Jorak
  • PRU14- P146 Muar N15 Maharani
  • PRN DUN Johor- P146 Muar N15 Maharani

Artikel Berkaitan NOR HAYATI BACHOK

Video Berkaitan NOR HAYATI BACHOK