NORMALA SUDIRMAN

Maklumat Diri
Asal
Muar, Johor
Pasangan
Maarof Abdul Mutalib
Anak
3

Bekas guru, Normala Sudirman merupakan calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Pemanis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sebelum diangkat sebagai calon, Normala telah dikenali ramai kerana sebelum ini pernah dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011 dan pertama kali beliau ceburi bidang politik serta calon PRU ke-13.

Beliau juga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Guru Aktif Daerah Segamat 2006 dan Anugerah Khas Sempena Perbahasan Ala Parlimen.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pendidik
  • Pengerusi Panel Penilaian Pergerakan PPIM Daerah Segamat
  • Jurulatih Utama Pemulihan Khas Kebangsaan

Jawatan  dalam parti:

  • Exco Pendidikan Pas pusat 
  • Ketua Muslimat Pas kawasan Labis 

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan:

  • Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M
  • Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH)
  • AJK Bimbingan dan Kaunseling
  • AJK Kantin Sekolah
  • Pengerusi Majlis Tadika Agama Johor (Felda Kemelah)
Pendidikan:
  • Diploma Pengurusan Malaysia
  • Diploma Kepimpinan Tasawwur Islam
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P141 Sekijang N3 Pemanis
  • PRU14- P141 Sekijang N3 Pemanis
  • PRN DUN Johor- P141 Sekijang N4 Kemelah