KAMARUDDIN SIDEK

Maklumat Diri
Asal
Kampung Umbai, Melaka
Tarikh lahir
26/2/1969

Kamaruddin Sidek adalah Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka dan juga Pengetua Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung, Melaka.

Beliau merupakan calon Perikatan Nasional mewakili Pas bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, dalam persaingan empat penjuru.

Beliau tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Damian Yeo yang memperolehi 7,642 undi dan calon Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 4,747 undi manakala beliau beroleh 2,938 undi.

Selepas Perikatan Nasional mengambil-alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri Melaka pada 2020, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengetua Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung, Melaka
  • Bekas Penasihat Agama kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Datuk Haji Baginda
  • Sekolah Menengah Agama (JAIM) Merlimau
  • Madrasah Annuriah Sungai Udang
  • Maahad As Somadiah
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P139 Jasin N26 Serkam
  • PRU12- P139 Jasin N26 Serkam
  • PRU13- P139 Jasin N26 Serkam
  • PRU14- P138 Kota Melaka N21 Duyong
  • PRN DUN Melaka- P138 Kota Melaka N21 Duyong