HARUN MOHAMED

Maklumat Diri
Telefon
019-667 5521
Pasangan
Hapizah Mamat
Anak
4

Datuk Harun Mohamed merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bertanding bagi kerusi Parlimen P139 Jasin pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Beliau merupakan ahli dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) di peringkat negeri Melaka.

Datuk Harun berasal dari Kampung Tehel, Bemban, Jasin, Melaka. Beliau merupakan usahawan dalam bidang kewangan berkaitan pertukaran wang.

Beliau pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Telok Mas, Melaka dalam PRU Ke-13 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (Pas) namun tewas tipis kepada calon Barisan Nasional (BN), Latiff Tamby Chik dengan majoriti 701 undi.

Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Pas Kota Melaka pada 2011.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan (1990-kini)

Jawatan dalam politik:

  • Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Semabok (1991)
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kota Melaka (1992-2006)
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (1998)
  • Ahli Jawatankuasa Pas Kota Melaka (1996)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Lota Melaka (1998)
  • Naib Ketua Pemuda Pas Melaka (2006-2007)
  • Setiausaha Perhubungan Pas Melaka (2007-2011)
  • Yang Dipertua Pas Kota Melaka (2011)
  • Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka (2015)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P139 Jasin

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P138 Kota Melaka N23 Telok Mas