TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Maklumat Diri
Asal
Melaka
Tarikh lahir
20/12/1950
Pasangan
Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini(m. 1989)
Anak
10 orang

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR merupakan calon BN(UMNO) bertanding bagi kerusi parlimen P125 Putrajaya.Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merupakan Ahli Parlimen Putrajaya selama empat penggal.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO, dilahirkan pada 20 Disember 1950 berkelayakan dalam Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM), yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti California Selatan.

Tengku Adnan dilahirkan di Melaka pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengarah dan Pengerusi Far East Asset (FEA) dan Pengerusi UNZA Holdings Bhd.

Hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, beliau dikurniakan empat orang anak lelaki dan lima orang anak perempuan.

Langkah politiknya bermula pada awal 1980-an, dan pernah menyandang sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988 dan mengorak langkah dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993 bagaimanapun beliau gagal dalam mempertahankan jawatan berkenaan paa 1996.

Pada September 2004, beliau sekali lagi dilantik menjadi ahli MT dan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000.

Seterusnya, pada 29 November 2001, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan dan pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. 

Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. 

Dalam pada itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006.

Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.

Beliau juga dipalit pelbagai kontroversi antaranya didakwa kerana menerima rasuah sebanyak RM3 juta daripada pemaju hartanah berhubung dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 16 November 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,148 undian ketika menentang Samsu Adabi Mamat daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 8,776 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,372.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Putrajaya (2004-kini)
  • Menteri Wilayah Persekutuan (2013-2018)
  • Menteri Pelancongan (2006-2008)
  • Senator Dewan Negara (2000)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2001)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Agung UMNO (2008-2018)
  • Ketua UMNO Bahagian Putrajaya (2003)
  • Pengerusi BN Wilayah Persekutuan  (2001)
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (Jun 2000)
  • Ketua UMNO bahagian Seputeh (1998)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1993)
  • Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO (1988)
  • Ketua Penerangan UMNO cawangan Kampung Bakti Seputeh (1984-1986)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti California Selatan
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan UiTM 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P125 Putrajaya
  • PRU12- P125 Putrajaya
  • PRU13- P125 Putrajaya
  • PRU14- P125 Putrajaya
  • PRU15- P125 Putrajaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Video Berkaitan TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR