ADLY ZAHARI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka
Tarikh lahir
15/2/1971
Pasangan
Dalilah Awaludin
Anak
7

Adly Zahari adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P135 Alor Gajah pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 890 undi.

Beliau kini lantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, selama sepenggal selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau juga Pengerusi Parti Amanah Melaka sejak 2015, mendapat keputusan undian sebanyak 11,226 ketika menentang Yunus Hitam daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,067 undi dan Pas, Muhamat Puhat Bedol memperoleh 2,237 undi.

Pertembungan tiga penjuru itu merekodkan majoriti undi sebanyak 3,159.

Adly daripada Pakatan Harapan baharu dua tahun memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Melaka terpaksa akur selepas perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan pada 2 Mac tahun lalu setelah Melaka bertukar kerajaan dibawah Barisan Nasional.

Dilahirkan pada 15 Februari 1971, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka sejak 2017 berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kemudiannya Adly menjadi seorang jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Durian Tunggal ini telah mendirikan rumah tangga bersama Dalilah Awaludin dan dikurniakan tujuh anak.

Anak kelahiran Kampung Pulau, Durian Tunggal, Melaka pernah dilantik Pesuruhanjaya Pas Melaka pada 2011 hingga 2015 sebelum memilih Amanah dalam perjuangan parti.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Alor Gajah (2022)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil (2018 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Pertahanan (2022)
  • Ketua Menteri Melaka (2018-2020)
  • Ahli Korporat (2005 hingga kini)
  • Eksekutif Malaysian International Shipping Corporation (2000-2005)
  • Jurutera Universiti Multimedia (1997-2000)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Amanah Melaka (2015 hingga kini)
  • Pengerusi Pakatan Harapan Melaka (2017 hingga kini)
  • Pesuruhjaya Pas Melaka (2011-2015)
  • Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka
  • Exco Dewan Pemuda Pas Pusat
  • Setiausaha Pas Melaka
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Melaka
Pendidikan:
  • Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka
  • Sekolah Menengah Durian Tunggal Melaka
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P135 Alor Gajah

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P135 Alor Gajah N9 Durian Tunggal
  • PRU14- P137 Hang Tuah Jaya N17 Bukit Katil
  • PRN DUN Melaka- P137 Hang Tuah Jaya N17 Bukit Katil

Video Berkaitan ADLY ZAHARI