RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN

Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Najmuddin Datuk Raja Zainal Abidin atau 'RNC' merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia.

Beliau dilantik menganggotai Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya dalam satu upacara Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

Pencapaian
Kerjaya:
  • akauntan bertauliah
  • Pengurus di sebuah badan berkanun FELCRA (1978)
  • Pengurus Perancangan Korporat dan Kewangan dengan Kumpulan Fima Berhad (1979)
  • Pengarah Eksekutif OYL Industries (0ng Yoke Lin) (1982) 
  • Pemilik Razatec Sdn Bhd

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Servis Bumiputera
  • Ahli Majlis Inovasi Negara
  • Penaung Kuala Lumpur FA
  • Pengarah bukan eksekutif Pharmaniaga pada 2 September 1999
Pendidikan:
  • Methodist Boys’ School
  • Victoria Institution
  • Maktab Tentera Diraja.
  • Ijazah Ekonomi (Kepujian) dari University of Wales, UK
  • Ahli Chartered Institute of Management Accountants
  • Malaysian Institute of Accountants
  • Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators.
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P121 Lembah Pantai
  • PRU14- P121 Lembah Pantai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada