Ahmad Yunus Hairi merupakan calon PN (PAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P112 (KUALA LANGAT) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1833 undi
Parti Pas berjaya mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang buat tiga penggal berturut setelah Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekali gus meraih jumlah majoriti sebanyak 1,677.
Beliau kini merupakan Pesuruhanjaya Pas Selangor berjaya mendapat 12,688 undian ketika menentang Mohd Hamidi Abu Bakar daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,011 undi.
Turut bertanding parti Barisan Nasional, Sulaiman Mohd Karli mendapat 10,420 undi.
Dr Ahmad dilahirkan pada tahun 1965 merupakan anak jati kampung Sijangkang.
Mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya pada tahun 1991.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsan Telok Panglima Garang ini pernah bertugas di beberapa hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau turut memiliki sebuah klinik sendiri Poliklinik di Sijangkang.
Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) N51 Sijangkang pada PRN Selangor.