ABD RANI OSMAN

Dr  Abdul Rani Osman merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Selangor bertanding di atas tiket Pas.

Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor.

Beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.
  • Beliau telah memenangi pilihanraya umum yang lepas di atas tiket Pas
Pendidikan:
  • Berkelulusan M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesi
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P109 Kapar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P109 Kapar N42 Meru
  • PRU12- P109 Kapar N42 Meru
  • PRU13- P109 Kapar N42 Meru