MOHD ZAKHWAN AHMAD BADARDDIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
9/6/1976

Mohd Zakhwan merupakan calon Parti Perikatan Nasional (PAS) bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  N9 Tahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 menang 8,777 undian dengan majoriti undi sebanyak 2,014. 

Semasa kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia mencatatkan jumlah undi sebanyak 5,638 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan di bawah Parlimen Jerantut, Pahang menjadikan titik permulaan untuk beliau mengorak langkah lebih jauh dalam dunia politik.

Beliau mewakili PAS mengalahkan calon Wan Amizan Wan Abdul Razak daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 5,569 undi dan Nordin Samat daripada Pakatan Harapan (PH) yang hanya meraih 945 undi.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saadah Ad-Daraini, Sungai Gau dan menuntut di Maahad Darul Quran, Machang sebelum ke Maahad Ali Lit- Taujih Wal Irsyad, Sana'a, Yaman dalam Ijazah Sarjana Muda Dakwah.

Bakat kepimpinannya mula terserlah apabila pernah mendapat kepercayaan untuk menjawat jawatan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
Beliau juga pernah dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia.

Menyentuh hal kerjayanya, beliau merupakan seorang pendakwah. 

Dalam politik, Mohd Zakhwan menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Jerantut, Ketua Pemuda Pas Jerantut, Naib Yang Dipertua Pas Jerantut, Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Tahan (2018-kini)
  • Pendakwah
  • Penasihat Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pemuda Pas Pahang
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang
  • Ketua Pemuda Pas Jerantut
  • Ketua Penerangan Pas Jerantut
  • Naib Yang Dipertua Pas Jerantut
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Dakwah Maahad Ali Lit-Taujih Wal Irsyad, Sana'a, Yaman 
  • Maahad Darul Quran, Kampung Rusila, Terengganu
  • SMA Saadah Ad-Daraini, Sungai Gau, Pahang
  • Pondok Ridzuan, Kampung Lanting, Chenor
  • SK Pedah, Jerantut, Pahang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P81 Jerantut N9 Tahan
  • PRU14- P81 Jerantut N9 Tahan
  • PRU15- P81 Jerantut N9 Tahan

Artikel Berkaitan MOHD ZAKHWAN AHMAD BADARDDIN

Video Berkaitan MOHD ZAKHWAN AHMAD BADARDDIN