Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.
Beliau merupakan Mudir (Pengetua) Pusat Dakwah Serantau, sebuah institusi di bawah Yayasan Amal Malaysia.
Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.
Mohd Misbahul Munir Masduki merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bertanding bagi kerusi Parlimen P57 Parit Buntar, Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar dengan majoriti undi 5,395