Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin lahir pada 17 Mac 1957, adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara.
Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin juga calon AMANAH bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N44 Sungai Rapat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Beliau telah memenangi kerusi DUN Sungai Rapat dengan majoriti undi 3,494
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Perak bertanding di atas tiket PAS. pada PRU ke-13
Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Menteri Besar Negeri Perak ke-10 apabila membentuk kerajaan negeri selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.
Beliau dikatakan tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak setelah Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari 2009 berikutan pengisytiharan tiga ADUN menyokong Barisan Nasional.
Bagaimanapun, selepas 96 hari, Mahkamah Tinggi Malaysia mengisytiharkan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, tetapi pada 22 Mei 2009, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kini beliau merupakan Ketua Pembangkang bagi negeri Perak.