MOHD AKMAL KAMARUDIN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
1/6/1978
Pasangan
Nusaibah Abdul Hadi
Anak
5 anak

Mohd Akmal Kamarudin adalah calon Parti Perikatan Nasional yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Selama pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15 akan datang.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,358 undi.

ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin merupakan EXCO Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau selepas dilantik 15 Disember 2020.

Mohd Akmal dari parti Pas, merupakan menantu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penggemar masakan kampung ini sentiasa memilih ziarah kebajikan sebagai salah satu rutin hariannya bagi bertanya khabar selain menghulurkan sumbangan.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Siang malam fikir rakyat susah, tiba-tiba MB ditukar'

Dua ADUN Pas kembali dilantik sebagai Exco Perak

Covid-19: 21 SAR di Perak ditutup

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru 

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Pas Perak 
  • Yang Dipertua Pas kawasan Larut
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Perak
  • EXCO Dewan Pemuda Pas Malaysia

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria tahun 2006 hingga 2008.

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • ADUN Selama (2018-kini)
  • EXCO Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau (15 Disember 2020 hingga kini)
  • EXCO Agama Islam dan Penerangan (31 Mac 2020 hingga Disember 2020)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Universiti Al Azhar, Mesir
  • Maahad Tahzib & Kuliyah Al Imam Al Auza'i, di Damsyik, Syria
  • Madrasah Islahiah Kampung Memali, Maahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol
  • Madarasah Ridhuaniah, Teluk Medan 
  • Pondok Siliau, Negeri Sembilan
  • Sekolah Rendah Agama Kuala Ketil
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P56 Larut N5 Selama
  • PRU14- P56 Larut N5 Selama
  • PRU15- P56 Larut N5 Selama

Artikel Berkaitan MOHD AKMAL KAMARUDIN

Video Berkaitan MOHD AKMAL KAMARUDIN