ADUN Penaga, Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah aktif sebagai pendakwah dalam kuliah pengajian di surau, masjid, institusi pengajian dan jabatan kerajaan.
Beliau mampu menguasai empat bahasa, iaitu bahasa Melayu, Arab, Urdu dan Inggeris antara kelebihan buat dirinya untuk mendekati masyarakat selain berdakwah.
Beliau merupakan Pengarah PasRelief juga pernah menjadi sukarelawan Muslim Care Malaysia Society dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM).
Dalam bidang politik, beliau adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pulau Pinang dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Pulau Pinang.
Pada Ogos 2023, beliau merupakan calon Perikatan Nasional (PN) atas tiket Pas pada PRN Pulau Pinang.