ALIAS HARUN

Maklumat Diri
Telefon
013-9384778
Tarikh lahir
26/2/1951
Pasangan
Rugayah Mahmood

Selepas berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, di bawah Parlimen Dungun pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 yang sebelumnya kubu Barisan Nasional (BN), Alias Harun sekali lagi mengulangi kejayaan pada PRU14.

Beliau bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi tetapi undi majoriti yang diperoleh meningkat 3,157% berbanding PRU13.

Pada PRU14 Alias yang mewakili Pas mendapat undian 12,287 mengalahkan calon Wan Zaulkfli Wan Gati daripada BN yang mendapat 7,835 undi dan calon Pakatan Harapan, Mohd Padeli Jusoh@Fadly Art dengan undian 939. 

Beliau menang dengan kelebihan undi sebanyak 4,452.

Sementara itu, pada PRU13 beliau juga bertanding atas tiket Pas dengan mendapat undian 8,964. Alias ketika itu menentang Za`Abar Mohamed Adib daripada parti BN yang beroleh 8,823 undi dengan majoriti 141.

Alias atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Alias mendapat pendidikan awal di Dungun English Primary School, Dungun, Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran di Dungun English Secondary School, Terengganu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Gaya, Sabah sebelum ke Institut Teknologi Mara (ITM), Dungun (1986)

Sebaik menamatkan pengajian, beliau berkhidmat sebagai guru (1972-2007). 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau mengambil peluang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (1989).

Menyentuh hal politik, beliau merupakan Ketua Pas Gong Pasir dan Ketua Lajnah Kebajikan Pas Dungun.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Agama (SRA) Bersepadu Zainal Abidin, Dungun dilantik sebagai Pengerusi Khidmat Malaysia Dungun, Pengerusi Pasti Qaryah, Gong Pasir, Pengerusi Khairat Kematian Qaryah, Gong Pasir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) Dungun.

Dilahirkan pada 26 Februari 1951, pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang ini berkahwin dengan Rugayah Mahmood dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Rantau Abang
  • Pengarah MTD Rantau Abang
  • Guru (1972-2007)
  • Pengerusi Khidmat Malaysia Dungun

Jawatan dalam politik:

  • Ketua Pas Gong Pasir
  • Ketua Lajnah Kebajikan Pas Dungun

Jawatan dalam badan bukan kerajaan:

  • Ahli Lembaga Pengerusi SRA Bersepadu Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  • Pengerusi Pasti Qaryah, Gong Pasir, Terengganu
  • Pengerusi Khairat Kematian Qaryah, Gong Pasir, Terengganu
  • AJK KAWAN Dungun, Terengganu
Pendidikan:
  • UKM, Bangi, Selangor (1989)
  • ITM, Dungun, Terengganu (1986)
  • Maktab Perguruan, Gaya, Sabah (1972)
  • Dungun English Secondary School
  • Dungun English Primary School
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P39 Dungun N26 Rantau Abang
  • PRU14- P39 Dungun N26 Rantau Abang