IRMOHIZAM IBRAHIM

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim merupakan ahli parlimen Kuala Selangor setelah berjaya dalam PRU13 pada 5 Mei 2013.

Beliau merupakan mantan presiden Majlis Belia Selangor dan bekas pensyarah di Fakulti Pengajian Melayu UiTM.

Beliau bertindak sebagai Exco Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Beliau juga menjadi salah seorang tenaga penggerak 1M4U Malaysia. Beliau pernah  dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Kini beliau memegang  jawatan sebagai Pengarah Eksekutif World Trade Center Kuala Lumpur 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • 2008 - kini: Pegawai Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden Majlis Belia Selangor
  • Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
  • Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia
  • Pegawai Khas Menteri Pendidikan
  • Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi
  • Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM
  • Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu UiTM
  • Naib Presiden Majlis Belia Malaysia
  • Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Perhubungan Luar FUU, UiTM
  • Presiden Majlis Belia Selangor
  • Exco Pergerakan 1M4U
  • Ketua Penerangan GPMS Selangor
Pendidikan:
  • SRK (1) Kelana Jaya, Petaling Jaya
  • SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang
  • Diploma Lanjutan Undang-Undang Syariah dan Amalan Guaman, UIAM
  • Sarjana Undang-Undang, UKM
  • Pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P96 Kuala Selangor
  • PRU14- P96 Kuala Selangor

Kerusi Bertanding DUN: Tiada