ABDUL HADI AWANG

Maklumat Diri
Tarikh lahir
20/10/1947
Pasangan
Toh Puan Seri Hajah Zainab dan Dr. Norzita Taat
Anak
14 anak

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas bertanding di kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41729 undi

Beliau merupakan seorang ulama, penulis dan pemikir terulung sehingga dihormati dalam kalangan negara-negara Islam.

Beliau merupakan anak jati Kampung Rusila, Marang Terengganu dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke Timur sejak 2020.

Ahli Parlimen Marang selama tiga penggal ini dilahirkan pada 20 Oktober 1947 telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr Norzita Taat. 

Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 anak.

Abdul Hadi diberi pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Beliau juga telah mengkhatamkan Kuliah Tafsir al-Quran sebanyak dua kali pada tahun 1996 dan 2016. Sebelum itu beliau mula mengajar pada tahun 1976 dan kini mengajar Tafsir al-Quran bagi pusingan kali ketiga.

Selain itu, beliau mengajar Kuliah Mingguan di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan beberapa buah kitab seperti Fiqh Harakah Dari Sirah Nabawiah, Muqadimah Aqidah Muslimin dan Kitab-Kitab Rukun Iman, Mukhtasar Mazhab Aqidah, Syarah Hadis Riyadhus Salihin dan sebagainya.

Beliau juga mendapat Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani pada tahun 1983.

Pemegang Ijazah Sarjana (Siyasah Syar’iyyah), Universiti Al-Azhar ini juga memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda (Syariah Islam), Universiti Islam Madinah tahun 1969 hingga 1973.

Bidang kepakaran beliau meliputi, Siyasah Syariyyah, Tafsir al-Quran, Aqidah dan Falsafah, Sejarah Islam dan Ketamadunan.

Penglibatan dalam politik, Abdul Hadi mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi.

Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) Pas Kampung Rusila, Marang. Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda Pas Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda Pas Pusat. Pada tahun 1977, beliau dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat kemudian dilantik Naib Yang di-Pertua Pas selama sembilan tahun. 

Bekas Timbalan Presiden Pas ini merupakan Presiden Pas sejak 2002.

Abdul Hadi juga pernah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 dan bekas ADUN Rhu Rendang sekitar tahun 1982 hingga 2018.

Bekas Pegawai Yayasan Islam Terengganu juga pernah dilantik Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia pada 2003 hingga 2004.

Sementara itu, berpengalaman luas dalam dunia Islam, beliau berusia 74 tahun pernah memegang jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia selama empat tahun.

Ahli Penyelaras Sekretariat Parti Islam Sedunia, Turki ini juga pernah menggalas tanggungjawab Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds, Turki dan Ahli Lembaga Majma' Taqrib Mazahib, Iran.

Menyentuh soal jasa dan sumbangan beliau dalam Islam dan negara pastinya luar biasa. Antara sumbangannya, mempengerusikan Jawatankuasa Penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 sehingga berjaya dibentangkan di DUN Kelantan.

Malah, beliau telah meminda peruntukan-peruntukan dalam enakmen yang berlawanan dengan hukum-hukum syarak seperti; Undang-undang Mahkamah Syariah Terengganu 2001, Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001, Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Pindaan 2003).

Bukan itu sahaja, beliau berjaya melakukan pembaharuan dalam pentadbiran awam, antaranya; melaksanakan cuti dua hari seminggu iaitu Jumaat dan Sabtu, mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Ilmu dan Sabtu sebagai Hari Keluarga, cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari manakala suami diberi cuti selama tujuh hari.

Selain itu, Abdul Hadi melakukan pengukuhan terhadap institusi-institusi Kerajaan Negeri dalam menjalankan peranan yang lebih efisien seperti di Majlis Agama Melayu (MAIDAM) berjaya membuat pungutan zakat sebanyak RM122.45 juta pada tahun 2000 hingga 2003.

Melakukan reformasi dalam pentadbiran tanah menerusi penurunan premium tanah daripada 20 peratus kepada 10 peratus, penghapusan cukai bagi meringankan beban dan kos semasa rakyat termasuk pemansuhan permit beca dan yuran bakul bagi peniaga-peniaga kecil dan tol Jambatan Sultan Mahmud.

Beliau turut membentang dan menyampaikan syarahan luar negara sebanyak 13 kali dan menghasilkan 11 manuksrip berkaitan Islam.

Bukan itu sahaja, beliau juga menerbitkan lebih 160 naskah buku menyentuh pelbagai aspek antaranya, aqidah, tasfiran surah, politik dan Islam.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14, Abdul Hadi daripada Pas menang dengan mendapat 53,749 undian ketika menentang Mohamad Nor Endot daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 31,795 undi dengan majoriti undi sebanyak 21,954.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Duta Khas Perdana Menteri ke Timur (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Marang (2013 hingga kini)
  • Menteri Besar Terengganu (1999 hingga 2004)
  • ADUN  Rhu Rendang (1982 hingga 2018)
  • Pegawai Yayasan Islam Terengganu (1977 hingga 1978)

Jawatan dalam parti:

  • Presiden Pas (2002 hingga kini)
  • Timbalan Presiden Pas(1989 hingga 2002)
  • Naib Yang di-Pertua Agung Pas(1980 hingga 1989)
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (1977)
  • EXCO Dewan Pemuda Pas Pusat (1976)
  • Ketua Pemuda Pas Terengganu (1976)
  • Setiausaha Ranting (Cawangan) Pas, Kampung Rusila, Marang (1964)

Penglibatan luar negara:

  • Naib Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (2014 hingga 2018)
  • Ahli Penyelaras Sekretariat Parti Islam Sedunia, Turki
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds, Turki
  • Ahli Lembaga Majma' Taqrib Mazahib, Iran
  • Perunding Misi Damai Bosnia, Iraq, Afghanistan, Acheh, Yaman, Selatan Thailand dan Selatan Filipina

Jasa dan sumbangan:

  • Mempengerusikan Jawatankuasa Penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 sehingga berjaya dibentangkan di DUN Kelantan
  • Mengemukakan dan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat;

             a. Mengemukakan RUU Persendirian mengenai undang-undang murtad pada tahun 1995.
             b. Membentangkan RUU Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016

  • Perlaksanaan syariah dan pembangunan sosio-ekonomi rakyat Terengganu dengan moto "Membangun Menurut Islam”
  • Meminda peruntukan-peruntukan dalam enakmen yang berlawanan dengan hukum-hukum syarak seperti;

            a. Undang-undang Mahkamah Syariah Terengganu 2001
            b. Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu 2001
            c. Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001
            d. Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Takzir) Terengganu 2001
            e. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Pindaan 2003)

  • Meluluskan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 di DUN Terengganu.
  • Melakukan pembaharuan dalam pentadbiran awam, antaranya;

            a. Melaksanakan cuti dua hari seminggu iaitu Jumaat dan Sabtu
            b. Mengisytiharkan hari Jumaat sebagai Hari Ilmu dan hari Sabtu sebagai Hari Keluarga
            c. Cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari manakala suami diberi cuti selama tujuh hari

  • Melakukan pengukuhan terhadap institusi-institusi Kerajaan Negeri dalam menjalankan peranan yang lebih efisien;

            a. Majlis Agama Melayu (MAIDAM) berjaya membuat pungutan zakat sebanyak RM122.45 juta pada tahun 2000 hingga 2003
            b. Reformasi dalam pentadbiran tanah adalah dengan penurunan premium tanah daripada 20 peratus kepada 10 peratus
            c. Penghapusan cukai bagi meringankan beban dan kos semasa rakyat termasuk pemansuhan permit beca dan yuran bakul bagi peniaga-peniaga kecil dan tol Jambatan Sultan Mahmud

Anugerah dan pengiktirafan:

  • Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T) yang membawa gelaran “Dato’ Seri" Terengganu pada 20 Julai 2000
  • Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 1441H (2019)
  • Anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand (2011)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana (Siyasah Syar’iyyah), Universiti Al-Azhar (1974 hingga 1975)
  • Ijazah Sarjana Muda (Syariah Islam), Universiti Islam Madinah(1969 hingga 1973)
  • Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (1965 hingga 1968)
  • Sekolah Menengah Agama Marang (1961 hingga 1965)
  • Sekolah Melayu Rusila (1955 hingga 1961)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P37 Marang
  • PRU12- P37 Marang
  • PRU13- P37 Marang
  • PRU14- P37 Marang
  • PRU15- P37 Marang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU12- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU13- P37 Marang N19 Ru Rendang