DR ALIAS RAZAK

Maklumat Diri
Asal
Bukit Tunggal
Pasangan
Fatimah Omar
Anak
10 anak

Memiliki kreadibiliti pemimpin yang bertanggungjawab, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008 dan 2013 dan 2018.

Pada PRU ke-15, beliau turut memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus dengan majoriti 29,765 undi selepas mengalahkan tiga calon lain.

Beliau lebih mesra dipanggil Dr Alias adalah Pesuruhjaya III Pas Terengganu pernah bertanggungjawab menyusun `road map’ pilihan raya lalu termasuk diberi kepercayaan menyusun manifesto Pas.

Anak watan Bukit Tunggal ini merupakan EXCO Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar sejak 2018.

Dilahirkan pada tahun 1959, beliau telah berkahwin dengan Fatimah Omar. Pasangan ini dikurniakan seramai 10 anak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal Kuala Terengganu, kemudian di Sekolah Menengah Seberang Takir, Terengganu Ibrahim Fikri hingga Tingkatan 3.

Seterusnya, Dr Alias bersekolah di Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur (hingga matrikulasi) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Hospital Kuala Terengganu, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pusat Kesihatan Marang Terengganu, Pegawai Perubatan Hospital daerah Besut termasuk Pegawai Kesihatan Epedemiologi Terengganu. 

Beliau kemudian dilantik selaku Pengarah Hospital Kemaman dan memiliki sebuah klinik swasta.

Peringkat politik, beliau pernah menjadi Timbalan Persuruhanjaya Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal.

PRU14, Dr Alias daripada Pas menang dengan mendapat 8,308 undian ketika menentang Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,964 undi. Majoriti undi sebanyak 2,344.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Parlimen Kuala Nerus (2022)
  • ADUN Bukit Tunggal (1999-kini)
  • EXCO Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar (2018-kini)
  • Pengarah Hospital Kemaman 
  • Pegawai Perubatan Hospital Kuala Terengganu
  • Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pusat Kesihatan Marang Terengganu
  • Pegawai Perubatan Hospital daerah Besut
  • Pegawai Kesihatan Epedemiologi Terengganu

Jawatan dalam parti:

  • Pesuruhjaya III Pas Terengganu (kini)
  • Timbalan Persuruhanjaya Pejabat BPPNT
  • Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Nerus
  • Pengerusi MTD Bukit Tunggal
  • AJK Pas Kawasan Kuala Nerus 
  • Ketua Cawangan Pas Bukit Tok Ris
  • Ketua Cawangan Pas Bukit Tunggal

Penglibatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Penasihat Badan Kebajikan Upu Bukit Tunggal
  • Pengerusi Pasti Bukit Tunggal
  • Pengerusi Surau Bukit Tok Ris
  • Pengerusi Masjid Bukit Kandis (2000-2004)
  • Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Pejabat Pengarah Kesihatan Terengganu (1990-1991)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan UKM
  • Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur hingga matrikulasi
  • Sekolah Menengah Seberang Takir, Terengganu Ibrahim Fikri 
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Tunggal Kuala Terengganu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P35 Kuala Nerus

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P35 Kuala Nerus N12 Bukit Tunggal
  • PRU12- P35 Kuala Nerus N12 Bukit Tunggal
  • PRU13- P35 Kuala Nerus N12 Bukit Tunggal
  • PRU14- P35 Kuala Nerus N12 Bukit Tunggal