MOHD FASIAH MOHD FAKEH

Maklumat Diri
Telefon
012-670 5674
Email
fasiah56@yahoo.com.my
Asal
Sabak Bernam
Tarikh lahir
16/4/1956
Pasangan
Mahayani Abd Ghani
Anak
4

Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Sabak Bernam, Selangor sejak 2013 ketika masih bersama dalam parti gabungan Barisan Nasional, iaitu UMNO.

Bagaimanapun pada 2019, beliau telah keluar meninggalkan parti UMNO untuk menyertai parti Bersatu sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Lepasan ijazah sarjana muda kepujian dari Universiti Malaya dan diploma pendidikan Maktab Perguruan Mohd Khalid ini merupakan Ketua Bahagian Parti Bersatu Bahagian Sabak Bernam.

Memiliki pengalaman luas dalam dunia politik dan bidang pendidikan, beliau pernah menerima anuergah Guru Cemerlang Kementerian Pelajaran.

Beliau juga dilantik Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan pada 2020.

Berkahwin Datin Mahayani Abdul Ghani dan mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Sebelum memegang jawatan tertinggi dalam politik, beliau bermula seawal usia muda menyertai persatuan belia sebelum dilantik pengerusi tetap Belia 4B Kampong Sapintas sehingga memegang jawatan penolong setiausaha Majlis Belia Daerah (MBD) Sabak Bernam, AJK Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, setiausaha UMNO Bahagian Sabak Bernam dan setiausaha Barisan Nasional Parlimen Sabak Bernam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,862 undian ketika menentang Warno Dogol daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 11,188 undi.

Turut bertanding, parti Pas, Muhammad Labib Abd Jalil dengan meraih 9,300 undi.

Pertembungan tiga penjuru ini merekodkan jumlah majoriti undi sebanyak 1,674.

ARTIKEL BERKAITAN:

Menyamar Ahli Parlimen Sabak Bernam minta wang

Mohd Fasiah Ketua Bahagian Bersatu Sabak Bernam baharu

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Sabak Bernam ( 2013 hingga kini)
  • Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (2020)
  • Exco Pendidikan Negeri Selangor
  • Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam
  • Pegawai PerhubunganPendaftaran PPD Sabak Bernam
  • Ketua Unit Perkhidmatan dan Kewangan PPD Sabak Bernam
  • Ketua Unit Teknologi & Vokasional PPD Sabak Bernam
  • Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan PPD Sabak Bernam
  • Guru mata pelajaran SMK Sungai Besar
  • Pemeriksa Matapelajaran PMR & SPM LPM Malaysia
  • Penyelia Kawasan Peperiksaan PMR & SPM- LPM Malaysia
  • Guru Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu Daerah Sabak Bernam
  • Guru Panitia mata pelajaran Kesusasteraan Daerah Sabak Beranam
  • Guru Cemerlang Kementerian Pelajaran

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • AJK Biro Pendidikan UMNO Malaysia
  • Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Selangor
  • Setiausaha UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • Setiasua Barisan Nasional Parlimen Sabak Bernam
  • Pengerusi Biro Perlembagaan dan Peraturan UMNO
  • Timbalan Ketua UMNO Cawangan Sapintas
  • Ketua Penerangan UMNO Cawangan Sapintas
  • Bendahari UMNO Cawangan Sapintas
  • Setiausaha UMNO Cawangan Sapintas
  • Ketua Pemuda Cawangan Sapintas
  • AJK Pemuda Bahagian Sabak Bernam
  • AJK Biro Sukan Dan Kebudayaan UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • AJK Biro Latihan UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • AJK Biro Pelajaran Pemuda Bahagian
  • AJK Biro Perhubungan dan Pengaduan UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • Timbalan Pengerusi Biro Pengajian Tinggi & Pelajaran
  • AJK Biro Perhubungan Antarabangsa
  • Ketua UMNO Cawangan Kampong Sapintas
  • Perwakilan Persidangan UMNO Malaysia
  • AJK Biro ICT UMNO Bahagian Sabak Bernam
  • Setiausaha Buletin Parlimen Sabak Bernam
  • Pengerusi Polling & Caunting Agent Parlimen Sabak

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Ampuan Jemaah Sabak Bernam
  • Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Peladang Bernam Jaya
  • Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Sabak Bernam

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian
  • Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Sabak Bernam
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan
  • Ahli Jemaah Pengarah Persatuan Peladang Bernam Jaya
  • Pengerusi PIBG SMK Ungku Aziz Sabak Bernam
  • Pengerusi PIBG SK Dr Abd Latif Sabak Bernam
  • Pengerusi Kelab Kebajikan Taman Raya
  • Penolong setiausaha Majlis Belia Daerah (MBD)
  • Pengerusi 4B Kampong Sapintas.
  • Setiausaha 4B Kampong Sapintas
  • Setiausaha PIBG SMK Sungai Besar
  • Pengerusi kelab guru SMK Sungai Besar
  • Setiausaha kelab guru SMK Sungai Besar
  • Pengerusi Tetap Belia 4B Kampong Sapintas
  • Penasihat Belia 4B Kampong Sapintas
  • Pengerusi Tetap Daerah Sabak Bernam Sabak Bernam
  • Pengerusi Kelab Kebajikan Taman Raya, Sungai Besar
  • Setiausaha buletin Parlimen Sabak Bernam
  • Setiausaha karnival teknik dan vokasional Negeri Selangor
  • AJK JKKP Kampong Sapintas
  • AJK ICT Negeri Selangor
  • AJK karnival pertanian Negeri Selangor
  • AJK perpustakaan daerah Sabak Bernam
  • AJK Surau Hasaniah Kampong Sapintas
  • Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampong Sapintas

Penglibatan dalam pertubuhan sukan dan kebudayaan:

  • Jurulatih olahraga Majlis Sukan Negara
  • Jurulatih olahraga MSS Selangor & SUKMA
  • Jurulatih olahraga MSS Daerah Sabak Bernam
  • Pengarah dan penulis drama johan kebangsaan
  • Penulis sajak johan kebangsaan
  • Pengerusi persatuan olahraga Daerah Sabak Bernam
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana muda kepujian dari Universiti Malaya
  • Diploma pendidikan Maktab Perguruan Mohd Khalid 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P92 Sabak Bernam
  • PRU14- P92 Sabak Bernam

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan MOHD FASIAH MOHD FAKEH