MUMTAZ MD NAWI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Anal, Tumpat, Kelantan
Tarikh lahir
30/3/1972
Pasangan
Mohd Sukiman Yasin

Mumtaz Md Nawi merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P19 Tumpat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Tumpat dengan majoriti undi 34,793

Mumtaz Md Nawi merupakan penyandang yang berjaya mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Bertanding atas tiket Pas, Mumtaz mengulangi kemenangan dengan mendapat 13,621 undian.

Dalam pertembungan tiga penjuru, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Nurul Amal Mohd Fauzi yang mendapat 4,553 undian.

Turut bertanding calon Pakatan Harapan, Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (3,601).

Mumtaz menang dengan majoriti undi 9,068.

Anak kelahiran Kampung Anal, Tumpat, Kelantan ini mempunyai sejarah kecemerlangan dalam akademik yang cukup membanggakan.

Beliau dinobat pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Kelantan pada 1990. 

Kecemerlangannya tidak terhenti di situ apabila beliau turut menerima Anugerah Dekan sebanyak enam kali berturut-turut sepanjang pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Undang-undang Shariah dan Sivil ini turut pengasas Mumtaz Nawi & Co.

Bekas pelajar SMU (Arab) Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu, Kelantan turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat dan sering mewakili negara ke persidangan antarabangsa.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Tumpat
  • ADUN Demit (2013 hingga 2022)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat (2013) 
  • Ahli Dewan Negara (mewakili kerajaan Kelantan) (2007)
  • Pengasas Mumtaz Nawi & Co
  • Peguam Bela dan Peguam Cara Mumtaz Nawi & Co

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Penerangan Muslimat Pas Kelantan (2015-2017)
  • Naib Ketua Muslimat Pas Pusat (2013-2015)

Anugerah:

  • Tokoh Beliawanis 2007
  • Pelajar Terbaik Keseluruhan jurusan Undang-undang UIAM
  • Pelajar Terbaik Ko Kurikulum UIAM
  • Pelajar Terbaik Kurikulum UIAM
  • Anugerah Hadiah Buku (1996)
  • Anugerah Dekan UIAM sebanyak enam kali (1992-1998)
  • Pelajar Cemerlang Kelantan untuk SPM (1990)

Lain-lain:

  • Mewakili ahli parlimen ke BBC untuk Persidangan Video Antarabangsa New South Wales, South Africa dan Malaysia.
  • Mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara 
  • AJK Inter Parlimentary Union 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Shariah dan Sivil
  • Matrikulasi UIAM
  • SMU (Arab) Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu, Kelantan 
  • SK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan 
  • SK Paya Bemban, Kota Bharu, Kelantan
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P19 Tumpat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P24 Kubang Kerian N19 Demit
  • PRU14- P24 Kubang Kerian N19 Demit