SAIFUDDIN ABDULLAH

Maklumat Diri
Telefon
03-8887 4503
Email
saifuddin61@yahoo.com
Asal
Kampung Sungai Ara, Mentakab Pahang
Tarikh lahir
27/1/1961
Pasangan
Datin Norlin Shamsul Bahri

Datuk Saifuddin Abdullah merupakan penyandang Menteri Komunikasi dan Multimedia bermula pada 10 Mac 2020. 

Bekas Menteri Luar Negeri dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota dan bekas Ahli Parlimen Temerloh selama sepenggal.

Beliau anak kelahiran Kampung Sungai Ara, Mentakab Pahang dilahirkan pada 27 Januari 1961, mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1974-80) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) Universiti Malaya (UM).

Beliau kemudian mengambil Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus pengurusan di Universiti Harvard Amerika Syarikat (1995).

Selain itu, beliau pernah menyandang Timbalan Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi merupakan ahli parti Bersatu selepas menyertai parti terbabit pada 2020.

Sebelum ini, beliau merupakan ahli UMNO sejak 1985, kemudian memilih PKR pada 2015 dan tahun 2020, bekas Ketua Sekretariat PH ini  mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi ahli bebas. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Saifuddin Abdullah daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 28,578 undian ketika menentang Johan Mat Sah daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,628 undi. Majoriti undi sebanyak 10,950.

Bagi  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 pula, beliau yang merupakan calon Parti Perikatan Nasional (Bersatu) bertanding kerusi Parlimen P82 Indera Mahkota menang dengan mendapat 41,692 undian ketika menentang Datuk Quek Tai Seong dari Barisan Nasional (MCA), Zuraidi Ismail dari Pakatan Harapan (PKR) dan Mohamad Nor Sundari, calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) dengan majoriti undi sebanyak 8,399.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Indera Mahkota (2018-kini)
  • Menteri Luar Negeri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia (2020-kini)
  • Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (2009-2013)
  • Ahli Parlimen Temerloh (2008-2013)
  • Timbalan Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi (2008-2009)
  • Menteri Luar Negeri (2018-2020)
  • Ahli Majlis Perbandaran Temerloh (2007-2008)
  • Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement (GMM)(2002)
  • Pengurus besar  Writer Academy
  • Bekas Pengarah Eksekutif Privasia Sdn Bhd
  • Bekas guru Sekolah Yayasan Anda 

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional Pahang (5 Januari 2021- kini)
  • Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu (5 Januari 2021- kini)
  • Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (2015 - 2020)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera UM (1984)
  • Diploma Terjemahan Persatuann Penterjemahan Malaysia (DBP)(1985)
  • Kursus pengurusan, Universiti Harvard Amerika Syarikat (1995)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P88 Temerloh
  • PRU13- P88 Temerloh
  • PRU14- P82 Indera Mahkota
  • PRU15- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan SAIFUDDIN ABDULLAH