ISMAIL MOHAMED SAID

Maklumat Diri
Asal
Kuala Krau, Pahang
Tarikh lahir
7/9/1965
Pasangan
Datin Seri Nor Azimah Abdul Mubin dan Rose Norasyikin Abdullah.

Ismail Mohamed Said merupakan calon Barisan Nasional (UMNO) bertanding bagi kerusi Parlimen P87 Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau akan bertembung dengan tiga calon parti lawan iaitu Kamal Ashaari dari Parti Perikatan Nasional (PAS), Juhari Osman DARI Pakatan Harapan (Amanah) dan Sharuddin Mohamed Salleh dari Gerakan Tanah Air (Pejuang).

Selain itu, menurutnya, politik kebencian dan sikap usik peribadi pesaing harus diberhentikan.

Semua calon yang bertanding tidak seharusnya menyemai politik kebencian semata-mata demi meraih undi. Jelasnya, tindakan memburukkan saingan mereka tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang calon wakil rakyat.

Disamping itu, beliau merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dan merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri I setelah dilantik sejak 10 Mac 2020.

Beliau juga Ahli Parlimen Kuala Krau selama empat penggal pernah menyandang pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September 2010.

Dilahirkan pada 7 September 1965 telah berkahwin dengan Datin Seri Nor Azimah Abdul Mubin dan Rose Norasyikin Abdullah. 

Beliau mendapat pendidikan tertinggi dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pencapaian
Kerjaya:
  • 2013 :Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • 2010 : Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia 
  • Sekolah Menengah Al-Khariah Temerloh
  • Kolej Islam Kelang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P87 Kuala Krau
  • PRU12- P87 Kuala Krau
  • PRU13- P87 Kuala Krau
  • PRU14- P87 Kuala Krau
  • PRU15- P87 Kuala Krau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada