AMIRUDDIN HAMZAH

Maklumat Diri
Asal
Kuala Kedah
Tarikh lahir
20/4/1962
Pasangan
Datin Nora Mohamed Noor

Datuk Ir Amiruddin Hamzah merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili PEJUANG bertanding bagi kerusi parlimen P6-KUBANG PASU pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Bekas ahli Pas, Datuk Ir Amiruddin Hamzah merupakan penyandang Ahli Parlimen Kubang Pasu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anak Bukit.

Beliau kini menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pejuang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 29,984 undian ketika menentang Mohd Johari Baharum daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 16,975 undi.

Majoriti undi sebanyak 13,009.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Kubang Pasu (2018-kini)
  • ADUN Anak Bukit (2002-kini)
  • Timbalan Menteri Kewangan (2018-2020)
  • EXCO Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan dan Agama (22 Mei 2018-1 Ogos 2018)
  • EXCO Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi (2012-2013)
  • EXCO Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi (2008-2012)
  • Pengurus Kanan di Darulaman Realty Sdn Bhd (1997-1999)
  • Jurutera di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1984-1996)

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang (kini)
  • Yang Dipertua Pas Kuala Kedah (2016)
Pendidikan:
  • Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan Universiti Bradford, United Kingdom
  • Bidang kejuruteraan (Civil & Structure) University of Bradford, England

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P6 Kubang Pasu
  • PRU15- P6 Kubang Pasu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU12- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU13- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit
  • PRU14- P10 Kuala Kedah N15 Anak Bukit

Artikel Berkaitan AMIRUDDIN HAMZAH

Video Berkaitan AMIRUDDIN HAMZAH