ISMAIL ABD MUTTALIB

Maklumat Diri
Email
ismailp086@gmail.com
Asal
Maran Pahang
Tarikh lahir
1/12/1954
Pasangan
Datin Seri Fatimah Kassim
Anak
6

Pengalaman selama empat penggal bergelar Ahli Parlimen Maran sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib cukup dikenali umum dan berbekalkan pengalaman itu, beliau dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang selama dua tahun sebelum menceburi bidang politik.

Anak watan Maran ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran kerajaan dan amat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. 

Minat beliau dalam aktiviti sukarela tertanam sejak di bangku sekolah dan ia merupakan titik tolak permulaan penglibatan beliau di dalam arena politik.

Bapanya, Abd. Muttalib Omar merupakan seorang pesara guru agama dan ibunya Allahyarhamah Habsah Arshad merupakan seorang suri rumah. 

Dilahirkan pada 1 Disember 1954, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor, kemudian telah bersekolah di Sekolah Agama Chenor dan Sekolah Agama Al- Ihsan di Kuantan Pahang.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Ismail telah berkahwin dengan dengan Datin Seri Fatimah Kassim dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Beliau pernah bertugas di Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Kuantan Pahang (SUK Pahang). Di SUK Pahang beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan tugas di beberapa unit berlainan dari tahun 1982 hingga 1988. 

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya seperti Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Penolong Pegawai Daerah Maran, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang, Timbalan Pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan yang terakhir sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sebelum membuat keputusan menceburi bidang politik pada tahun 2004.

Dalam penglibatan politik, beliau mula menjadi ahli UMNO pada tahun 1982, kemudian pada tahun 2004, dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran hingga tahun 2007. 

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Ekonomi dan Displin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Maran. 

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU)ke-14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 16,064 undian ketika menentang Hasenan Haron daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 12,301 undi. Majoriti undi sebanyak 3,763.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, beliau yang merupakan merupakan calon PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P86 Maran menang dengan mendapat  19,600 undian ketika menentang Datuk Seri Shahaniza Shamsudin, Barisan Nasioanl, Ahmad Shuhor Awang, Pakatan Harapan dan Muhamad Hafiz Al-Hafiz, calon bebas dengan majoriti undi sebanyak 1,821.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Maran (2004 hingga kini)
  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pejabat Daerah Jerantut
  • Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang
  • Penolong Pegawai Daerah Maran
  • Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran (2004 hingga 2007)
  • Pengerusi Biro Ekonomi dan Displin UMNO
  • Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang 
  • Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Maran
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam UKM
  • Kolej Islam Klang, Selangor
  • Sekolah Agama Al- Ihsan di Kuantan 
  • Sekolah Agama Chenor 
  • Sekolah Kebangsaan Chenor
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P86 Maran
  • PRU12- P86 Maran
  • PRU13- P86 Maran
  • PRU14- P86 Maran
  • PRU15- P86 Maran

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ISMAIL ABD MUTTALIB

Video Berkaitan ISMAIL ABD MUTTALIB