Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau pertama kali bertanding kerusi Parlimen itu berjaya memperoleh 49,004 undian ketika menentang Azman Ahmad daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 23,580 undi.
Manakala Che Rosli Che Mat dari Pas mendapat 15,663 undi.
Pertembungan tiga penjuru ini menyaksikan majoriti undi sebanyak 25,424.
Beliau dahulunya merupakan ahli Pas sejak 1999 hingga 2015, kini bersama parti Amanah Negara (Amanah) dalam meneruskan perjuangan dalam parti politik.