AHMAD NAZLAN IDRIS

Maklumat Diri
Asal
Kampung Sokti, Jerantut Pahang
Tarikh lahir
1/2/1958
Pasangan
Saidiah Mohd Khonopiah
Anak
5 anak

Bekas Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Datuk Ahmad Nazlan Idris merupakan Ahli Parlimen Jerantut selama dua penggal.

Beliau dilahirkan pada 1 Februari 1958 kini memegang jawatan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) merangkap Kumpulan Fokus Ahli Parlimen berkaitan Hal Ehwal Felda sejak tahun 2020.

Anak watan Kampung Sokti, Jerantut Pahang ini telah mendirikan rumah tangga bersama Saidiah Mohd Khonopiah. Pasangan ini dikurniakan lima anak.

Ahmad Nazlan berkelulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor dengan mengambil Sijil Perguruan Asas.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh dan SMK Pulau Tawar, Jerantut ini pernah dilantik Pengerusi Kolej Poly Tech MARA selama tiga tahun dan menjadi Ahli Majlis Penasihat Felda.

Bukan itu sahaja, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Felda Global Ventures Sugar Sdn.Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang.

Bercerita mengenai penglibatan beliau dalam organisasi sosial, pelbagai jawatan pernah disandang Ahmad Nazlan, antaranya, Penaung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Daerah Jerantut, Setiausaha MAYC Kuala Tembeling, Bendahari MAYC Daerah Jerantut, Timbalan Pengerusi MAYC Daerah Jerantut, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Jerantut dan Timbalan Pengerusi Surau Sungai Jan Jerantut.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14, Ahmad Nazlan daripada Barisan Nasional mengekalkan kejayaan di kerusi Parlimen Jerantut setelah menang dengan mendapat 22,640 undian ketika menentang Yohanis Ahmad daripada Pas yang mendapat 16,732 undi. Majoriti undi sebanyak 5,908.

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat lagi Ahli Parlimen UMNO nafi sokong Anwar

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jerantut (2013 hingga kini)
  • Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (2020 hingga kini)
  • Kumpulan Fokus Ahli Parlimen berkaitan Hal Ehwal Felda (2020 hingga kini)
  • Ahli Majlis Penasihat FELDA (2016 hingga 2018)
  • Pengerusi Kolej Poly Tech MARA (2015 hingga 2018)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Ahli Lembaga Pengarah, Felda Global Ventures Sugar Sdn.Bhd (2013 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pertubuhan Peladang (2013 hingga 2015)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua UMNO Bahagian Jerantut (2014 hingga 2018)
  • Ketua Cawangan UMNO Sungai Jan
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut
  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut

Penglibatan dalam sosial dan Badan Bukan Berkanun:

  • Penaung Perkim Cawangan Daerah Jerantut
  • Setiausaha MAYC Kuala Tembeling
  • Bendahari MAYC Daerah Jerantut
  • Timbalan Pengerusi MAYC Daerah Jerantut
  • Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Jerantut
  • Timbalan Pengerusi Surau Sungai Jan Jerantut
  • Setiausaha Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Daerah Jerantut
  • Tenaga Penggerak Biro Tatanegara
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Bimbingan Kaunseling UPM
  • Sijil Perguruan Asas Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1977 hingga 1978)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (1974 hingga 1975)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut (1971 hingga 1973)
  • Sekolah Kebangsaan Gintong, Jerantut (1965 hingga 1970)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P81 Jerantut
  • PRU14- P81 Jerantut

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan AHMAD NAZLAN IDRIS