ABDUL RAHMAN MOHAMAD

Maklumat Diri
Email
abdulrahman@rurallink.gov.my
Tarikh lahir
13/4/1964

Abdul Rahman Mohamad kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Berjaya mengekalkan kedudukan ketika Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah satu kemenangan yang membuktikan kesetiaan pengundi dan kecemerlangan prestasi Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Lebih membanggakan beliau memperoleh majoriti berganda pada PRU14 berbanding sebelumnya dengan jumlah 6,569 undian. 

Beliau yang berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Lipis, Pahang menang dengan mendapat mendapat 13,995 undian ketika menentang Badarudin Abd Rahman daripada parti Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 7,426 undi.

Turut bertanding calon Pas Sobirin Duli dengan memperoleh undi 6,671.

Sementara itu, pada PRU13 beliau yang juga bertanding mewakili BN mendapat undian 14,863. 

Abdul Rahman ketika itu menentang Mohd Mahyuddin Ghazal@Razali daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 11,394 undi dengan majoriti 3,469.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 10 Mac 2020.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini mula menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di bawah Parlimen Lipis, Pahang pada PRU11. 

Bagi pilihan raya seterusnya, beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut sebelum mengakhiri penggal sebagai ADUN Padang Tengku pada 2013 untuk bertanding di kerusi Parlimen Lipis.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Abdul Rahman Mohamad yang merupakan calon UMNO bertanding bagi kerusi Parlimen P79 Lipis menang dengan mendapat 17,672 undian ketika menentang Mohamad Sharum Osman dari Perikatan Nasional, Tengku Zulpuri Shah dari Pakatan Harapan dan Aishaton Abu Bakar dari Gerakan Tanah Air dengan majoriti undi sebanyak 6,118.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Kerja Raya (2022)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (10 Mac 2020 hingga 2022)
  • Ahli Parlimen Lipis (2013 hingga kini)
  • ADUN Padang Tengku (2004 - 20013)

Jawatan dalam politik:

  •  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
  •  Ketua UMNO Bahagian Lipis
  •  Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Lipis
  •  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis
  • Ahli Jawatan Kuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
  •  Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
  •  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis
  •  Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis
  •  Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Lipis
  • Ketua UMNO Cawangan Kampung Tempoyang
  • Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kampung Tempoyan
  •  Ketua Pemuda Cawangan Kampung Tempoyan
Pendidikan:
  • Sarjana Eksekutif Pengurusan (Mac 2015 – September 2017)
  • Lulus dengan Kelas Pertama (CGPA: 3.92)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P79 Lipis
  • PRU14- P79 Lipis
  • PRU15- P79 Lipis

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P79 Lipis N3 Padang Tengku
  • PRU12- P79 Lipis N3 Padang Tengku