AHMAD ZAHID HAMIDI

Maklumat Diri
Tarikh lahir
4/1/1953
Pasangan
Datin Seri Hamidah Khamis
Anak
Nurulhidayah, Nurulizawani, Ahmad Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief

Ahmad Zahid Hamidi adalah calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen P75 Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti undi 348.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 di dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013 telah dilahirkan pada 4 Januari 1953.

Ahli Parlimen Bagan Batoh, Perak ini juga Presiden UMNO setelah diberi kepercayaan dan keyakinan dari akar umbi.

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Sebelum menjadi anggota kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pertadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Hubungan kerja antara Ahmad Zahid dengan Najib telah agak lama terjalin kerana beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Najib semasa Perdana Menteri pada ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan (kesemuanya dari 1987-1993).

Sebelum daripada itu beliau telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal dari tahun 1991 hingga 1994.

Beliau mula bergiat aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan dari sini, beliau terus mendaki tangga dalam perjuangan politik Umno peringkat nasional sehingga berjaya terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (1996-1999).

Pergerakan politiknya hanya terencat seketika apabila timbul krisis di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua minggu.

Namun pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada tahun 2000, Ahmad Zahid kembali ke arus perdana parti itu dengan memenangi salah satu kerusi berkenaan dan terus kekal sebagai anggota MT sehingga 2007.

Ahmad Zahid kemudiannya terpilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden Umno selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau telah mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh untuk penggal keenam berturut-turut selepas menewaskan Pakhrurrazi Arshad daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 13,836 undi. Majoriti undi sebanyak 5,073 dan Ahmad Zahid memperoleh 18,909 undi.

Beliau telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh sejak 1995 dan mengekalkan jawatan itu sehingga sekarang.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid juga berpengalaman dalam sektor perbankan dan berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC sebagai pegawai bank (1976-1977), di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penolong pengurus (1977-1979) dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN) (1979-1984).

Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan itu telah kemudian membawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dari tahun 1994 hingga 1999 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2000.

Ahmad Zahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai  Balai, Rungkup sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976.

Ahmad Zahid memperoleh ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Korporat) pada tahun 2000 dan kemudiannya ijazah doktor falsafah PhD-Komunikasi dari UPM.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Seri Hamidah Khamis, 60, mereka dikurniakan dua puteri Nurulhidayah, Nurulizawani dan tiga putera, Ahmad  Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief.

Kemudian pada 29 Julai 2015, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun pada 2018, semuanya berubah setelah Ahmad Zahid ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah pada hari berikutnya ke atas 45 tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan sejumlah RM114 juta (kira-kira AS$27.4 juta) dana Yayasan Akalbudi. Pada 14 Disember 2018, dia didakwa dengan satu lagi kesalahan CBT, yang melibatkan RM10 juta. Pada 20 Februari 2019, Zahid sekali lagi dikenakan caj tambahan CBT, yang melibatkan RM260,000.

Pada 26 Jun 2019, Zahid menjadi subjek 7 dakwaan rasuah yang membabitkan $4.2 juta (RM12.8 juta) yang didakwa diterima daripada pengendali sistem visa asing (VLN) berjumlah RM42.76 juta di bawah kemampuannya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu. Pada keesokan harinya, dia menghadapi 33 lagi caj berjumlah RM42.76 juta melibatkan sistem VLN dua tahun sebelum ini. Tuduhan terbaru membawa jumlah caj tertunggak kepada 87.

Namun beliau tidak mengaku salah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan tersebut.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (2000)
  • Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1994 hingga 1999)
  • Pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN)di Permodalan Nasional Berhad (PNB)(1979-1984)
  • Penolong pengurus (1977-1979)
  • Pegawai bank di Bank Simpanan Nasional (BSN)(1976-1977)   

Jawatan yang pernah disandang dalam kabinet: 

  • Timbalan Perdana Menteri (2022)
  • Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (2022)
  • Timbalan Perdana Menteri (2015-2018)
  • Menteri Dalam Negeri (2013-2018)  
  • Menteri Pertahanan (2009-2013) 
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009)
  • Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008)
  •  Timbalan Menteri Perlancongan (2004-2006)
  • Ahli Dewan Negara (Senator) (1991-1994)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan (1987-1994)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Presiden UMNO (kini)
  • Naib Presiden UMNO (2015-2018)
  • Ahli Majlis Tertinggi (2000-2008)
  • Ketua Pemuda UMNO Pusat (1996 - 1998)  
  • Ketua UMNO Bahagian Bagan Datok (1996-kini)
  • Ketua Penerangan Pemuda Umno Pusat (1988 - 1996)
  • Ketua Pemuda UMNO Perak (1990 - 1993)  
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Perak (1983 - 1990)  
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok (1984 - 1995)
     
Pendidikan:
  • Doctor of Philosophy (PhD) UPM/Communication Science Universiti Putra Malaysia, (2008) 
  • Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Korporat),Universiti Putra Malaysia (2000)
  • Diploma Pemasaran, Institute of Marketing – NPC (1983) 
  • Central Bank – STC, Cert. in Banking, 1976 Harvard Business School, Cert. Senior Mgt Dev. (1981) 
  • Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1975) 
  • Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh 
  • Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Sekolah Kebangsaan Sungai  Balai, Rungkup
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P75 Bagan Datok
  • PRU12- P75 Bagan Datok
  • PRU13- P75 Bagan Datok
  • PRU14- P75 Bagan Datuk
  • PRU15- P75 Bagan Datuk

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan AHMAD ZAHID HAMIDI