MOHD SANY HAMZAN

Maklumat Diri
Tarikh lahir
19/12/1976

Mohd Sany Hamzan merupakan calon PH(AMANAH) bertanding bagi kerusi Parlimen P101(HULU LANGAT) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Pimpinan anak muda yang berjiwa besar, Mohd Sany Hamzan merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional merangkap ADUN Taman Templer selama sepenggal.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 14896 undi

Beliau amat dikenali dengan kelantangan bersuara memperjuangkan nasib rakyat dan membangkitkan isu semasa yang dirasakan perlu sebagai contoh menyuarakan kekecewaan berhubung kemunculan dua klip video iklan judi raya yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Pernah bertugas sebagai guru sambilan di sekolah menengah, beliau sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi penasihat kelab bola sepak EVE Hulu Langat dan Persatuan Anak Jati Ulu Langat.

Semasa penampilan sulung bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dalam pertembungan lima penjuru, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 18,362 undian ketika menentang Zaidy Abdul Talib daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 10,459 undi. Majoriti undi sebanyak 7,903.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Hulu Langat
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer (2018 hingga kini)
  • Ahli Majlis Perbandaran Kajang
  • Pengurus D'congkak Forest Hulu Langat
  • Pengurus MAPETRA Hulu Langat
  • Guru Sandaran Sekolah Menengah

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Ahli Lembaga Pengarah FAMA
  • Ahli Lembaga Pengarah MAIWP Healthcare Sdn. Bhd

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional
  • Ketua Pemuda Parti Pekerja Malaysia
  • Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Pilihan raya Pakatan Harapan Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara
  • Timbalan Ketua Amanah Kawasan Hulu Langat
  • Penyelaras Pemuda Gerakan Harapan Baru
  • Penyelaras DUN Selangor Dusun Tua
  • Pengarah Pilihan raya Pemuda Pas Malaysia

Penglibatan dalam badan bukan berkanun:

  • Penasihat Kelab Bola Sepak EVE Hulu Langat
  • Persatuan Anak Jati Ulu Langat
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran perniagaan Lincoln University College
  • Diploma In Management Spectrum International College Of Technology
  • SM Sultan Abd Aziz Shah Kajang
  • SM Abd Jalil Hulu Langat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P101 Hulu Langat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P101 Hulu Langat N23 Dusun Tua
  • PRU14- P97 Selayang N15 Taman Templer

Artikel Berkaitan MOHD SANY HAMZAN

Video Berkaitan MOHD SANY HAMZAN