NOOR AZMI GHAZALI

Maklumat Diri
Email
n_azmighazali@yahoo.com
Asal
Kuala Sepetang Taiping Perak
Tarikh lahir
28/11/1961
Pasangan
Datin Dr Siti Norizah Bachik

Datuk Dr  Noor Azmi Ghazali adalah Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak dari parti Bersatu dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan I bermula pada 10 Mac 2020.

Sebelum ini, beliau adalah ahli politik UMNO dan memegang kerusi Bagan Serai sejak 2013 lagi.

Beliau juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia selama tiga tahun.

Dilahirkan pada 28 November 1961 di Kuala Sepetang Taiping, beliau merupakan seorang doktor. 

Mendapat pendidikan di SMK King Edward VII, Taiping dan telah melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Selepas menjadi doktor pelatih di Hospital Taiping pada tahun 1986, beliau telah bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Changkat, Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1988 hingga 1991. 

Setelah itu, beliau telah menubuhkan rangkaian kliniknya, Poliklinik Hidayah di Bagan Serai dan Parit Buntar,Perak.

Beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Hidayah Medic Sdn. Bhd dan telah berkahwin dengan Datin Dr Siti Norizah Bachik.

Selain aktif dalam dunia politik, beliau turut menyumbang khidmat masyarakat antaranya, dilantik Pengerusi Pembangunan Pertanian Bagan Serai tahun 2014 hingga 2018, Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kerian, Pengerusi KRT Bagan Serai Timur dan Pengerusi Jawatan Alam Sekitar Local Agenda 21 Kerian pada tahun 2000.

Selain itu, beliau juga diberi amanah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Foresty Research and Development Board (MFRDB) tahun 2015 hingga 2018.

Bukan itu sahaja, Dr Noor Azmi juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 17,220 undian ketika menentang Rohaya Bakar daripada parti Pas yang mendapat 17,048 undi. Majoriti undi sebanyak 172.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ramadan: Suntikan vaksin tidak dilakukan waktu malam

Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin Covid-19 AstraZeneca

KKM beri fokus negeri daftar vaksinasi rendah

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Kesihatan I (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Bagan Serai (2013 hingga kini)
  • Pengarah Urusan Hidayah Medic Sdn. Bhd 
  • Pegawai perubatan di Hospital Changkat, Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur (1988 hingga 1991)
  • Doktor pelatih di Hospital Taiping (1986) 

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (2016 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah MFRDB (2015 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah IJN (2015 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah UniKL-RCMP (2015 hingga 2018)

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:

  • Pengerusi Pembangunan Pertanian Bagan Serai (2014 hingga 2018)
  • Pengerusi KRT Bagan Serai Timur (1996 hingga 2013)
  • Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kerian (2000 hingga 2002)
  • Pengerusi Jawatan Alam Sekitar Local Agenda 21 Kerian (2000)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Kedoktoran (PhD) UM
  • SMK King Edward VII, Taiping
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P58 Bagan Serai
  • PRU14- P58 Bagan Serai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan NOOR AZMI GHAZALI