NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH

Maklumat Diri
Email
paskawpp@yahoo.com
Asal
Gong Kala, Pasir Puteh
Tarikh lahir
17/3/1967
Anak
14

Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh adalah calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertanding di kerusi parlimen P028 (PASIR PUTEH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Pasir Puteh dengan majoriti undi 29,109

Beliau merupakan penyandang kerusi tersebut sejak memenanginya dalam PRU-14.

Sebelum bertanding kerusi parlimen, Dr Nik Zawawi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Terengganu selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

Selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada tahu 2020, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (2020-2022)
  • Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) (1998-1999)
  • Pengurus syarikat kedai emas Madinah

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Dewan Ulama PAS
  • Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Anggota Parlimen Pasir Puteh (2018-kini)
  • Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Terengganu (2004-2013)
  • Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang
Pendidikan:
  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Doktor Falsafah Dakwah & Kepimpinan
  2. Universiti Al Al-Bayt, Jordan - Ijazah Sarjana Aqidah & Falsafah
  3. Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) - (1990)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P28 Pasir Puteh
  • PRU15- P28 Pasir Puteh

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P33 Besut N1 Kuala Besut
  • PRU12- P33 Besut N1 Kuala Besut