SHAMSUL ANUAR NASARAH

Maklumat Diri
Asal
Lenggong, Perak
Tarikh lahir
1/6/1967
Pasangan
Datin Hamisah Hussin

SHAMSUL ANUAR NASARAH merupakan calon Barisan Nasional (BN) mewakili Umno bertanding bagi kerusi Parlimen P55 Lenggong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Lenggong dengan majoriti undi 879.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020 sehingga Oktober 2022.

Beliau pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia bermula pada 2005 hingga kini merangkap Ahli Parlimen Lenggong sejak 2008 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada 31 Januari 2008, di dalam Majlis Anugerah Belia Negara 2007, beliau pernah dinobatkan Tokoh Belia Lelaki 2007 bersama-sama dengan Datuk Suraya Yaacob yang dinobatkan Tokoh Belia Wanita 2007.

Anak jati Lenggong ini dilahirkan pada 1 Jun 1967 telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Hamisah Hussin.

Berpengalaman luas dalam bidang politik, beliau dilantik Ketua Penerangan UMNO Malaysia sejak 2018 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Shamsul Anuar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 12,523 undian ketika menentang Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil daripada parti Pas yang mendapat 6,750 undi dengan majoriti undi sebanyak 5,773.

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri (2022)
  • Menteri Tenaga dan Sumber Asli bermula pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Lenggong (2018 hingga kini)
  • Pengerusi PTPTN (2013 hingga 2018)
  • Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan (1999 hingga 2004) 
  • Guru (1992 hingga 1999)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan UMNO Malaysia (2018 hingga kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (kini)
  • AJK Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009 hingga 2014)
  • Pengerusi Belia Biro Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
  • EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004 hingga 2009)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000 hingga 2004)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004 hingga 2008)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
  • AJK UMNO Bahagian Chenderoh (1998 hingga 2000)
  • AJK Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996 hingga 1998)
Pendidikan:
  • Ijazah Peringkat Doktor Falsafah (Phd) Pengurusan Pembangunan di Pusat Pengajian Kerajaan GOLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam Colleger of Law, Government and International Studies Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Bidang Kaunseling dari Universiti Malaya (UM)
  • Bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P55 Lenggong
  • PRU13- P55 Lenggong
  • PRU14- P55 Lenggong
  • PRU15- P55 Lenggong

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan SHAMSUL ANUAR NASARAH

Video Berkaitan SHAMSUL ANUAR NASARAH