Rekod besih tidak pernah tewas bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan selama empat penggal berturut-turut, Datuk Abdul Fattah Mahmood telah dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Kelantan pada penggal ke-14.
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan Pas, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 menang dengan majoriti sebanyak 4,291 undi.
Abdul Fattah mendapat 14,506 undian ketika menentang Dayang Saniah Awang Hamid daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 10,215 undi.
Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada PRN Kelantan.