Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang pada 16 November 2020.
Allahyarham mengalami serangan jantung pada jam 6.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan.
Hasbullah yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2013 sehingga kini.
Sebelum itu, pada tahun 2008 Allahyarham pernah menjadi ADUN Temenggor dan beliau juga Timbalan Pengerusi UMNO Perak.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Dahalan Ismail dari Pas dan Ibrahim Mohd Hanafiah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
ARTIKEL BERKAITAN;
Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia
Jenazah Hasbullah dikebumi di Gerik tengah hari esok