MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Maklumat Diri
Tarikh lahir
4/8/1974
Pasangan
Jusmalailani Jusoh
Anak
5

Anak ketujuh daripada 13 adik-beradik, Muhammad Sanusi Md Nor merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Jeneri, Kedah. 

Beliau kemudiannya diberikan kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar Kedah selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir jatuh akibat peralihan kuasa peringkat Pusat. 

Ketika itu pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya selaku perdana menteri selepas hilang sokongan ahli parlimen. 

Akibat peralihan itu, Muhammad Sanusi dilantik sebagai menteri besar sejak Mei 2020 menerusi Perikatan Nasional, gabungan baharu dibentuk.

Karier politiknya pula bermula pada 1998 selepas dilantik EXCO Pemuda Pas Pulau Pinang dan seterusnya diberi kepercayaan menjadi Timbalan Pesuruhanjaya Pas Kedah sejak 2015 dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Beliau juga banyak menjalankan kegiatan kebajikan di peringkat antarabangsa antaranya mengetuai delegasi misi bantuan kemanusian Pas ke Myanmar, Bangladesh, Jordan, Lebonan dan Yaman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14, beliau daripada Gagasan Sejahtera (Pas) menang dengan mendapat 10,626 undian ketika menentang Mahadzir Abdul Hamid daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 8,171 undian dengan majoriti undi sebanyak 2,455.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi N24 Jeneri pada PRN Kedah.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Besar Kedah ke-14 (Mei 2020-kini)
  • ADUN Jeneri (2018-kini)
  • Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10 (2008-2013)
  • Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu (M) Sdn Bhd (2004-2008)
  • Setiausaha Eksekutif Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK) (2002-2004)
  • Pegawai Pendidikan Persatuan Perguna Pulau Pinang (1998-2002)

Perlantikan Ahli Lembaga:

  • Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Darul Aman (SADA) 

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat (sejak 2019)
  • Timbalan Pesuruhanjaya Pas Kedah (sejak 2015)
  • Ketua Penerangan Pas Kedah (2009-2015)
  • Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah (2009-2013)
  • EXCO Dewan Pemua Pas Malaysia (2009-2011)
  • Bendahari Pemuda Pas Kedah (2007-2009)
  • EXCO Pemuda Pas Pulau Pinang (1998-1999)
     
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sains Politik) USM (1994-1998)
  • SMK Derma Kangar Perlis
  • SMK Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • Sekolah Rendah Batu 5, Sik
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P13 Sik N23 Belantek
  • PRU14- P13 Sik N24 Jeneri
  • PRU PRN15- P13 Sik N24 Jeneri

Artikel Berkaitan MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Video Berkaitan MUHAMMAD SANUSI MD NOR