DATUK HASHIM JASIN

Datuk Hashim Jasin adalah Mursyidul Am Pas yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak Pas.

Beliau adalah bekas ADUN Sanglang, Perlis.

Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Almarhum Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California, Amerika Syarikat.

Beliau juga penerima Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (2018) yang membawa gelaran Datuk.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Mursyidul Am Pas
  • Ketua Majlis Syura Ulamak Pas

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • ADUN Sanglang, Perlis (1999-2013)
Pendidikan:
  • Sekolah Melayu Jelampuk
  • Sekolah Alawiyah, Arau
  • Sastera Arab dan Perundangan Islam di Universiti Baghdad Iraq
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P3 Arau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P3 Arau N15 Sanglang
  • PRU12- P3 Arau N15 Sanglang