Datuk Hashim Jasin adalah Mursyidul Am Pas yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak Pas.
Beliau adalah bekas ADUN Sanglang, Perlis.
Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Almarhum Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California, Amerika Syarikat.
Beliau juga penerima Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (2018) yang membawa gelaran Datuk.