SHABUDIN YAHAYA

Maklumat Diri
Asal
Permatang Berangan Pulau Pinang
Tarikh lahir
12/11/1965

Datuk Shabudin Yahaya menyandang selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) di bawah kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga bekas Adun Dewan Rakyat (ADUN) Permatang Berangan pernah dilantik Pengerusi Felcra di bawah kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 14 Mei 2020 hingga 28 Julai 2020.

Berasal dari Permatang Berangan, Pulau Pinang, Shabudin meneruskan perjuangannya bersama parti Bersatu pada 2019 selepas mengambil keputusan keluar UMNO pada 2018. Selama setahun beliau menjadi wakil rakyat bebas.

Bekas Hakim Mahkamah Syariah ini dilahirkan pada 12 November 1965, kini memegang jawatan Pengerusi PN Pulau Pinang selepas dilantik pada 5 Januari 2021.

Beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)(2020-kini)
  • Ahli Parlimen Tasek Gelugor (2013-kini)
  • ADUN Permatang Berangan (2004-2008)
  • Bekas Hakim Mahkamah Syariah

Lantikan Pengerusi:

  • Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Pengerusi Felcra (14 Mei 2020-28 Julai 2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P42 Tasek Gelugor
  • PRU14- P42 Tasek Gelugor

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P42 Tasek Gelugor N4 Permatang Berangan
  • PRU12- P42 Tasek Gelugor N4 Permatang Berangan