MOHD ZUBIR EMBONG

Dato Haji Mohd Zubir Embong merupakan calon Barisan Nasional (BN) mewakili UMNO bertanding di kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang mesra dipanggil dengan nama 'Cikgu Zubir' ini digelar 'ikon pendidikan negeri Terengganu' atas sumbangannya semasa berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sehingga negeri tersebut cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan termasuk UPSR di peringkat kebangsaan.

Di peringkat parti, beliau memegang jawatan Ketua Penaziran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Beliau bertanding dalam PRU13 di kerusi yang sama namun tewas kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat (PR) ketika itu dengan majoriti 10,785 undi.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN)  pada PRN Selangor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (SMK Bukit Sawa Kuala Terengganu)
  • Penolong Pengarah KBSR, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT)
  • Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik (JPNT)
  • Ketua Sektor Pengurusan Akademik (JPNT)
  • Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu

Jawatan dalam parti

  • Ketua Penaziran UMNO Bahagian Kuala Terengganu
Pendidikan:
  • Ijazah Sains Pengurusan (University of Canberra, Australia)
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Pendidikan (Universiti Putra Malaysia)
  • Diploma Pendidikan (Maktab Perguruan Pendidikan Pulau Pinang)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P36 Kuala Terengganu
  • PRU15- P36 Kuala Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU PRN15- P105 Petaling Jaya N32 Seri Setia