MOHD FADHIL NOOR ABDUL KARIM

Uztaz Mohd Fadhil Noor merupakan calon Parti Perikatan Nasional (PAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P85 Pekan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Parlimen Pekan menyaksikan persaingan lima penjuru antara beliau dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Naim Zainal Abidin, calon Pejuang Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak dan seorang calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin - Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Zaliza Zulkipli.

Selain itu, beliau adalah seorang guru dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan dan pernah menjadi AJK Badan Perhubungan PAS Pahang. 

Beliau adalah lulusan Kolej Pengajian Tinggi dan Bahasa Arab (Minda) di Sungai Petani Kedah, Universiti Al Azhar Cawangan Tanta Mesir dan Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Pekan Baru Riau Indonesia. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru

Penglibatan Politik:

  • Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan
  • AJK Badan Perhubungan PAS Pahang

Khidmat Rakyat:

  • Terlibat dengan Misi Bantuan Kemanusiaan di negara China, Manggolia, Sri Lanka, India, Vietnam, Kemboja melalui Yayasan Amal Malaysia dan NGO Kasih Outreach.
  • Dilantik sebagai penasihat kepada NGO Kasih Outreach.
Pendidikan:
  • Kolej Pengajian Tinggi dan Bahasa Arab (Minda) di Sungai Petani Kedah
  • Universiti Al Azhar Cawangan Tanta Mesir
  • Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Pekan Baru Riau Indonesia (B.A, M.A Mater & PHD)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P85 Pekan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P85 Pekan N23 Chini
  • PRU14- P85 Pekan N23 Chini