IDRIS JUSOH

Maklumat Diri
Asal
Kampung Tok Has, Jertih, Terengganu
Tarikh lahir
15/11/1955
Pasangan
Toh Puan Seri Che Kamariah binti Zakaria
Anak
5 anak

Datuk Seri Idris Jusoh merupakan Pengerusi Felda yang telah dilantik pada 1 Mei 2020 menggantikan Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Beliau juga merupakan mantan Menteri Pendidikan Tinggi dari tahun 2015 hingga 2018, mantan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2015.

Sementara itu, PRU14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 34,335 undian ketika menentang Riduan Mohamad Nor daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 29,736 undi. Majoriti undi diperolehi sebanyak 4,599.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Besut (2013-kini)
  • Pengerusi Felda (2020-kini)
  • Menteri Pendidikan Tinggi (2015-2018)
  • Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi)(16 Mei 2013-28 Julai 2015)
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (Julai 2008-Mac 2013)
  • ADUN Jerteh (2004-2013)
  • Menteri Besar Terengganu (2004-2008)
  • Timbalan Menteri Usahawan (1995-1999)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - kini)
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (27 Julai 2013-kini)
  • Ketua UMNO bahagian Besut(2000 - kini)
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)
  • Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
Pendidikan:
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008)
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001)
  • Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994)
  • Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988)
  • Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984)
  • Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980)
  • Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)
  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI).(1969-1973)
  • Sekolah Menengah premier STAR (Sekolah tuanku Abdul Rahman)
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Jerteh 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P33 Besut
  • PRU14- P33 Besut

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P33 Besut N3 Jertih
  • PRU12- P33 Besut N3 Jertih