AHMAD JAZLAN YAAKUB

Maklumat Diri
Asal
Jelawat, Bachok
Tarikh lahir
30/8/1964
Pasangan
Datin Hajjah Wan Norizan Wan Ismail dan Datin Hajjah Noorul Ain Mohmad Nor
Anak
6 anak

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub adalah calon Barisan Nasional (BN) mewakili UMNO bertanding di kerusi Parlimen P29 (MACHANG) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang di Kelantan sejak memenanginya dalam PRU-13 pada tahun 2013.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Kabinet  selama empat tahun dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam peringkat parti, Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO setelah menceburi bidang politik seawal usia 25 tahun.

Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1964 di Jelawat, Bachok merupakan anak kepada Allahyarham Yaakub Muhamad dan Allahyarhamah Hajah Fatimah Jusoh.

Anak ke tiga daripada 21 adik-beradik, merupakan anak lelaki sulung sekali gus memikul tanggungjawab besar dalam mendidik dan menyara keluarganya.

Bercerita mengenai keluarga besarnya, pada awalnya, beliau berpindah ke Machang setelah mengikuti bapanya yang berkhidmat sebagai pendidik ketika itu, dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Machang setelah bersara. 

Setelah bersara, bapa beliau memulakan perniagaan yang terlibat dengan jual-beli kereta import terbesar di Kelantan, syarikat pemaju, peladangan dan memiliki hartanah yang diberi sewa kepada penduduk setempat di Machang, Bachok dan Kota Bharu seawal tahun 1980-an.

Mengikut jejak langkah bapanya, Ahmad Jazlan turut membantu menguruskan perniagaan seawal usia 18 tahun. 

Sebagai pendedahan awal dalam dunia perniagaan, beliau sering ditugaskan untuk ke Jepun dan United Kingdom untuk memilih dan membeli kereta terpakai, dan beliau memilih untuk terus menguruskan perniagaan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih di bangku persekolahan setelah bapa beliau meninggal dunia. 

Beliau turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika itu bagi memastikan adik-adiknya tidak ketinggalan di dalam pelajaran.

Dalam kehidupan peribadinya, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan Datin Hajjah Wan Norizan Wan Ismail dan Datin Hajjah Noorul Ain Mohmad Nor dengan dikurniakan seramai enam cahaya mata iaitu tiga perempuan dan tiga lelaki.

Dalam bidang pendidikan, beliau memiliki Diploma Keusahawanan (Level 4) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland dengan tesis yang bertajuk "Strategic Orientation in adopting an open approach to innovation on business performanceː A study on rural development".

Walaupun di peringkat awal beliau tidak meneruskan pengajian demi menjaga adik-adiknya yang masih kecil, beliau amat menitik berat akan hal pendidikan dan percaya hanya pendidikan mampu merubah masa depan seseorang dan akan menjadikan sesebuah negara itu maju. 

Falsafah hidup beliau antaranya, pendidikan tidak akan terhenti selagi kita bernafas.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)(2020 - 6 Januari 2021)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)(2015 - 2018)
  • Pengerusi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) (2015-2016)
  • Pengerusi, Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN)(2013-2016)
  • Presiden, Kelantan FA (KAFA) (2004-2007)

Penglibatan Sosial/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

  • Penolong Kanan Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Penjara Malaysia (2018 - kini)
  • Penolong Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (2017 - kini)
  • Timbalan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (2017 - 2018)  
  • Timbalan Menteri Mentor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2017 - 2018)
  • Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)(2016 - kini)      
  • Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Machang (2016 - kini) 
  • Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang (2008 - kini)
  • Pengerusi Majlis Sukan Daerah Machang (1996 - 2001)
  • Pengerusi Majlis Belia MAYC Daerah Machang (1996 - 2001)

Penglibatan dalam politik;

  • Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (2018 - kini)
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia (2018 - kini)
  • Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang (2008 - kini)
  • Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (2014 - 2018)
  • Pemangku Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang (2004 - 2008)
  • Timbalan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang (2004 - 2004)                            
  • Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1998 - 2001)    
  • Setiausaha Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1997 - 1998)
  • Ketua Pemuda Bahagian, UMNO Bahagian Machang (1995 - 2001)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland
  • Diploma Keusahawanan (Level 4)
  • Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P29 Machang
  • PRU14- P29 Machang
  • PRU15- P29 Machang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P29 Machang N35 Kemuning