IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz merupakan Ahli Parlimen (TANAH MERAH) merangkap Timbalan Menteri Pertahanan setelah dilantik pada 10 Mac 2020.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah dengan majoriti undi 44,485

Beliau menyandang Ahli Parlimen selama dua penggal dahulunya merupakan ahli UMNO. Bagaimanapun pada 2018, beliau memilih parti Bersatu sebagai perjuangan dalam politik pada masa kini dan menyokong tampuk pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah ini dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 Ogos 2020.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Ikmal Hisham daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 28,152 undian ketika menentang Johari Mat daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 25,223 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,929.

Datuk Seri Ikmal Hashim Abdul Aziz merupakan calon BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P27 Tanah Merah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Pertahanan (10 Mac 2020 hngga kini)
  • Ahli Parlimen Tanah Merah (2013-kini)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (23 Ogos 2020 hingga kini)
  • Bekas Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah
Pendidikan:
  • Maktab Melayu Kuala Kangsar,Perak
  • Universiti of Tennessee,Amerika Syarikat (BSC Of Civil Engineering)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P27 Tanah Merah
  • PRU14- P27 Tanah Merah
  • PRU15- P27 Tanah Merah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ

Video Berkaitan IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ