AWANG ADEK HUSSIN

Maklumat Diri
Asal
Bachok, Kelantan
Tarikh lahir
18/5/1955

Datuk Dr Awang Adek Hussin dilahirkan di Bachok, Kelantan, merupakan Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau adalah calon BN bagi Parlimen P025 Bachok, Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pada pilihan raya umum 2004 Awang Adek telah diberi kepercayaan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan berjaya menewaskan Wan Nik Wan Yusoff (Pas) dengan majoriti 6,272 undi.

Manakala pada pilihanraya umum tahun 2008, beliau bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun beliau kalah di kedua-dua kerusi terbabit.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Penolong Gabenor Bank Negara (1996-2001)
  • Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Ketua Pengarah  Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (1996)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok (2001)
  • Bendahari UMNO Kelantan (2003)
  • Ketua Penaja UMNO bahagian Bachok (2003)
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok Kelantan
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak
  • Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat
  • Wharton School, University of Pennsylvania Philadelphia.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P25 Bachok
  • PRU12- P25 Bachok
  • PRU13- P25 Bachok
  • PRU14- P25 Bachok

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P25 Bachok N21 Perupok