AHMAD YAKOB

Maklumat Diri
Asal
Kampong Berangan, Tumpat
Tarikh lahir
1/2/1950
Pasangan
Datin Siti Zubaidah Ab Hamid

Datuk Ahmad Yakob merupakan Menteri Besar Kelantan yang dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan.

Beliau yang merupakan bekas guru ini dilahirkan di Kampong Berangan, Tumpat pada 1 Februari 1950.

Bapanya, Yakob Ishak merupakan tokoh agama dan pejuang Pas yang pernah ditahan di bawah ISA bersama dengan Nik Abdullah Arshad manakala ibunya, Cik Zainab Cik Hussin aktif dalam Muslimah Pas Cawangan Berangan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan sebelum ke Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan, Tumpat.

Ahmad kemudiannya belajar di Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu dan kemudian melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri.

Lulusan sarjana muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir ini pernah menjadi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Bentara Dalam, Segamat Johor.

Beliau juga pernah ditugaskan di SMK Dabong, Gua Musang, Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas dan SMK Rantau Panjang.

Pada 1995, beliau meletakkan jawatan untuk bertanding dalam PRU9 pada 1995.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Ahmad Yakob daripada Pas menang dengan mendapat 14,298 undian ketika menentang Wan Mohd Sanusi Wan Yunus daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,946 undi. Majoriti undi sebanyak 8,352.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) atas tiket Pas bagi N03 Pasir Pekan pada PRN Kelantan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Besar Kelantan (2015 hingga kini)
  • Timbalan Mursyidul Am Pas (2015-2020)
  • ADUN Pasir Pekan (1995 hingga kini)
  • Guru SMK Rantau Panjang, Kelantan (1987-1995)
  • Guru Sekolah Menengah Perempuan Pasir Mas, Kelantan 
  • Guru SMK Dabong, Gua Musang, Kelantan (1986)
  • Guru SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat, Johor (1980)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Mursyidul Am merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas 
  • Pesuruhjaya Pas Kelantan
  • Ketua Penerangan Pas Kawasan (1997-1999)
  • Pengerusi Majlis Tindakan DUN Sungai Pinang (1990 -1995)
  • Pengarah Pilihanraya DUN Sungai Pinang (1986)
  • Bendahari Pas Kawasan
  • Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Tumpat
  • Pengerusi Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan
  • Jawatankuasa Bangunan Pas Tumpat
  • Ahli Lajnah Politik PAS Negeri Kelantan.

Anugerah:

  • Dato' Bentara Kanan Kelantan (2016)
  • Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (2010)
  • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (2005)
  • Seri Mahkota Kelantan (2003)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
  • Diploma Pendidikan Universiti 'Ain Syam, Kaherah (1978-1979)
  • Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri, Kota Bharu 
  • Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam, Kota Bharu
  • Sekolah Agama Bustanul Ariffin, Berangan 
  • SK Berangan 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P19 Tumpat N3 Pasir Pekan
  • PRU12- P19 Tumpat N3 Pasir Pekan
  • PRU13- P19 Tumpat N3 Pasir Pekan
  • PRU14- P19 Tumpat N3 Pasir Pekan
  • PRU PRN15- P19 Tumpat N3 Pasir Pekan