ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

Maklumat Diri
Tarikh lahir
19/11/1966
Anak
4

Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P16- Baling pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu.

Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, Kupang, Baling, Kedah.

Beliau adalah bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji
  • Pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India 

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia 
  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah(Mapin),
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman,
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman,
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman,
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing, 
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling,
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)[3]

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Pengerusi Bencana Alam Pemuda UMNO Malaysia 
  • Ahli jawatankuasa Biro Membasmi Dadah Majlis Tertinggi UMNO 
  • Ahli jawatankuasa Biro Belia dan Sukan UMNO Malaysia.
Pendidikan:
  • Beliau mengaku fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P16 Baling
  • PRU13- P16 Baling
  • PRU14- P16 Baling
  • PRU15- P16 Baling

Kerusi Bertanding DUN: Tiada