SALAHUDDIN AYUB

Maklumat Diri
Asal
Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian
Tarikh lahir
1/12/1961
Pasangan
Datin Seri Fatimah Taha
Anak
6

SALAHUDDIN AYUB merupakan calon PAKATAN HARAPAN yang bertanding di parlimen  P161 Pulai, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 33,174 undi.

Beliau kini dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Datuk Seri Salahuddin Ayub merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor merangkap ADUN Simpang Jeram Muar, pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dari Parti Amanah Negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau bagaimanapun meletak jawatan sebagai menteri portfolio tersebut pada 24 Februari 2020.

Dilahirkan pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor berketurunan peranakan Melayu-Cina.

Mendirikan rumah tangga dengan isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada tahun 1985 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian, beliau menyambung ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976) dan di Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) sehingga tamat pengajian Tingkatan 5, meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, Pontian (1979-1980). 

Beliau juga mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Darjah Khas pada tahun 1977. 

Selepas tamat pengajian di alam persekolahan, beliau seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1984.

Beliau pernah dilantik setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian 1981 hingga 1983.

Dalam pada itu, beliau menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983 dan dilantik Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-2015).

Selepas itu, beliau lompat parti kepada Parti Amaah pada 2015 dan dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam pertembungan empat penjuru pada PRU14, beliau menang dengan mendapat 55,447 undian ketika menentang Nur Jazlan Mohamed daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 26,523 undi. Majoriti undi sebanyak 28,924.

Manakala di DUN Simpang Jeram Muar, beliau menang dengan mendapat 14,640 undian ketika menentang Mohd Radzi Amin daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,953 undi dengan majoriti undi sebanyak 7,687.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (2022)
  • Ahli Parlimen Pulai (2018-kini)
  • ADUN Simpang Jeram Muar (2018-2022)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (21 Mei 2018 – 24 Februari 2020)
  • Pegawai kewangan di MUI Bank (1980)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) (2015 hingga kini)
  • Naib Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan (2015)
  • Naib Presiden Pas Pusat (2009-2015)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (2003-2009)
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (2001-2003)
  • Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat (1999-2001)
  • Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat (1997-1999)
  • Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat (1995-1997)
  • Exco Dewan Pemuda Pas Pusat (1991-1995)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Johor (1989-1999)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Pontian (1987-1989)
  • Naib Yang Dipertua Pas Pontian (1983-1987)
Pendidikan:
  • Ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM) (1984)
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P161 Pulai
  • PRU14- P161 Pulai
  • PRU15- P161 Pulai

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P162 Gelang Patah N49 Nusa Jaya
  • PRU14- P145 Bakri N13 Simpang Jeram
  • PRN DUN Johor- P145 Bakri N13 Simpang Jeram

Artikel Berkaitan SALAHUDDIN AYUB