Suhaizan Kaiat berasal dari Muar, Johor. Beliau bertanding pilihanraya di Parlimen Parit Sulong pada tahun 2004 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Johor pada tahun 2008 atas tiket Pas.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas.
Beliau kini adalah Setiausaha Organisasi Amanah di peringkat pusat, dan Naib Pengerusi Amanah Johor.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri N56 Kukup namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis 862 undi.
Susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor dalam PRU-14, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Johor pada Jun 2018.
Apabila berlaku Langkah Sheraton di peringkat nasional menyaksikan kejatuhan kerajaan PH, kesannya turut dirasai di peringkat negeri apabila kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) mengambil-alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan dan negeri Johor.
Suhaizan walau bagaimanapun kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri sehingga kini walaupun berlaku pertukaran kerajaan, dan Menteri Besar dari Osman Sapian (Bersatu), Sahruddin Jamal (Bersatu), ke Hasni Mohammad (Umno).
Pada September 2023, Suhaizan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) atas tiket Amanah bagi Parlimen Pulai
PRK Parlimen Pulai diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi selepas kematian Salahuddin Ayub.